STISS

 LOGO STIS



 VISI STIS

 Untuk menjadikan  SAM Bandar Baru Salak Tinggi sebagai sekolah gemilang menjelang tahun 2015.

MISI STIS

Melahirkan murid bersahsiah mulia, cemerlang akademik, kokurikulum dan kepimpinan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan FalsafahPendidikan Islam.

MOTTO STIS 

 Berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa.





SEJARAH SEKOLAH AGAMA MENENGAH

BANDAR BARU SALAK TINGGI



              SEKOLAH AGAMA MENENGAH BANDAR BARU SALAK TINGGI (SAMBBST) merupakan satu daripada dua buah sekolah agama JAIS di daerah Sepang. Sekolah ini mula beroperasi pada 3 Januari 2005 dan terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, sebuah bandar yang sedang membangun. Sekolah ini di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi pada tahun ini, sekolah ini telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

             SAMBBST dibina di atas tanah wakaf Kompleks Tanah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan akademik, 2 blok penginapan pelajar putera, 2 blok penginapan pelajar puteri, surau dan dewan yang lengkap dan besar, padang yang luas, beberapa makmal sains, 2 blok bengkel KHB, sebuah perpustakaan, koperasi sekolah dan premis-premis lain.

            Pada peringkat awal penubuhan SAMBBST  iaitu pada tahun 2005, bilangan guru hanyalah seramai 39 orang manakala pelajar lebih kurang  seramai 600 orang. Kebanyakannya adalah pelajar tingkatan dua  hingga lima merupakan pelajar yang dipindahkan daripada Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMEL). Manakala  pelajar–pelajar  tingkatan satu pula merupakan pelajar baru yang mendapat tawaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyambung pelajaran di sini. Hampir keseluruhan pelajar di sini tinggal di asrama.

             SAMBBST merupakan sekolah yang menawarkan  2 aliran pembelajaran iaitu aliran akademik dan aliran agama. Sistem pembelajaran akademik di sekolah ini adalah seperti sekolah menengah lain di Malaysia iaitu mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah ditetapkan manakala pelajaran aliran agama adalah mengikut sukatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu Bahasa Arab, Tafsir Hadith, Al-Quran, dan Tauhid Feqah. Kelahiran pertama generasi SAMBBST telah menunjukkan  prestasi dan kejayaan yang baik dan cemerlang. Semoga generasi SAMBBST yang seterusnya akan terus menghasilkan kejayaan yang cemerlang dan gemilang.


8 comments:

  1. Semoga STISS terus gemilang......

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. semoga terus maju SAMBBST..(^_^) mantan MPP (Exco Penempatan & Logistik) 2006

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, adakah blog ni msih aktif? sy ingin btanya bgaimana prosedur utk masuk ke sambbst? ada x isi borang online kt portal sambbst?

    ReplyDelete
  5. asalamualaikum... saya nak tnye if nak mohon stam kat skolah ni camne ? untuk calon persendirian . still aktif ke blog nih ??

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    kami daripada Kalam Perfection Resources Sdn Bhd merupakan pakar Motivasi pelajar.

    Untuk itu, kami menyediakan program Motivasi secara PERCUMA kepada pihak sekolah. Antara inti pati program tersebut adalah seperti berikut :-

    MATLAMAT PROGRAM
    • Meningkatkan kesedaran spiritual pelajar untuk menjadi seorang insan yang soleh disisi Allah swt.
    • Melahirkan pelajar-pelajar yang berkeperibadian mulia
    • Membimbing para pelajar agar melaksanakan segala amanah dengan jujur, ikhlas serta bertanggungjawab dan menjadikan pelajaran sebagai focus utama kehidupan
    • Membina keyakinan diri dan kemampuan untuk berusaha tanpa mengenal erti jemu untuk menghadapi peperiksaan.

    untuk keterangan lebih lanjut mengenai program tersebut boleh terus menghubungi kami. (Jusry - 0102467206/ Tn haji Ibrahim Abd Rahman - 0133544375)

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. detail program http://kalamiaperfectionresources.blogspot.my/

      Delete