Monday, April 4, 2011

PROGRAM 2 : PENSIJILAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM

Latarbelakang program


     Mulai SPM tahun 2008, pelajar yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan akan mendapat satu lagi sijil tambahan daripada satu atau kedua-dua badan terbabit iaitu Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) sekiranya mereka mencapai tahap gred SPM dan Bahasa Inggeris yang ditetapkan tanpa menduduki peperiksaan tambahan. Dengan kata lain, program ini memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan mendapat pengecualian menduduki ‘Paper 1’ dan ‘Paper 2’ bagi ACCA dan ‘Level 1’ dan ‘Level 2’ bagi LCCI, sekali gus memperoleh sijil kebangsaan dan profesional secara serentak.


Apakah dia sijil LCCI dan ACCA?


     LCCI dan ACCA adalah sijil profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa meneruskan kerjaya khusus dalam bidang perakaunan. Ianya bukannya sijil akademik seperti Ijazah yang melayakkan pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti MBA dan PhD.
Kalau sebelum ini untuk mendapatkan sijil LCCI Level 1 dan Level 2, pelajar terpaksa menduduki peperiksaan LCCI dengan meangambil masa lebih kurang 2 tahun. Tetapi dengan adanya projek 2 pensijilan ini, setelah dilakukan perubahan terhadap sukatan pelajaran dan format saolan SPM, pelajar yang lulus cemerlang dalam SPM juga dinilai untuk pemberian Sijil LCCI. Jadi dengan hanya menduduki peperiksaan SPM sahaja pelajar berpeluang mendapat 2 sijil, iaitu sijil SPM dan Sijil LCCI.


     Secara tidak langsung sijil tersebut menjadi nilai tambah kepada pelajar untuk memohon kerjaya dalam bidang perakaunan kelak,di mana kemahiran perakaunan anda telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, walaupun hanya setakat LCCI Level 2 sahaja.

Apakah kelebihannya ?

     Pelajar yang mengikuti program iini boleh memilih sama ada meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan sehingga ke peringkat lebih tinggi (ijazah) atau terus ke peringkat profesional (ACCA atau LCCI) kerana sudah mendapat pengecualian daripada menduduki peperiksaan awalan.


     Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian pada peringkat universiti, sijil yang diperoleh peringkat SPM mampu memberi kelebihan untuk mengikuti pengajian dalam bidang perakaunan. Bagi mereka yang enggan menyambung pelajaran, sijil profesional diperoleh boleh membuka peluang pekerjaan dalam bidang perakaunan pada peringkat perkeranian atau penyimpan kira-kira di dalam atau luar negara.

LCCI  atau Ijazah, mana yang lebih baik?  
     Kedua-dua ada kelebihan masing – masing bergantung kepada matlamat dan cita – cita  masing - masing, sama ada terus mengorak langkah ke bidang perakaunan sebagai kerjaya ataupun untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Program LCCI dan ACCA ada ditawarkan di Institut Profesional Baitumal, Kuala Lumpur dan ALC College, Klang.

                  oleh : PN NORA BINTI ABDULLAH
                           (KETUA PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN)

1 comment:

  1. assalamualaikum puan...saya ada dapat sijil lcci level 2 tersebut .. jadi apa yg perlu saya lakukan untuk menyambung pelajaran?

    ReplyDelete